Kes-kes ragging terkenal Malaysia (1988 & 1989)


“Peloncolan” ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, “peloncolan” sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah “buli“, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai “mendera“.

1989
Kes ragging yang paling terkenal di Malaysia – walaupun mungkin telah lama dilupakan – berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes ragging tersebut sebagai “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau “senior” dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.

Penderaan yang dilakukan dalam kes ragging terkenal di UPM itu ialah:

- Menampar freshies.
- Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel.
- Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat.

Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.

1988
Lebih setahun sebelum kes ragging di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes ragging yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes ragging di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki “senior” tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau “super senior” yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya ‘upacara’ tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani ‘ujian’, antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam ‘upacara’ pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani ‘ujian’ yang menyakitkan.

Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian. Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas pelajar yang didakwa itu telah memukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan “starlight” pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat mengetahui kesudahan kepada ‘ujian’ itu.

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada ‘menyebabkan kematian’ kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu ‘menyebabkan kecederaan parah’. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: “the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old”, “the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge”). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.

Antara laporan NST berkaitan kes ragging SMT Cheras:

1. Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988)
2. Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988)
3. Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989)
4. Delay cost student his life, says warden (27.4.1989)
5. Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989)
6. Warden tells of clash in school (9.6.1989)
7. Charge against boys reduced (6.7.1989)
8. Boy freed after saying sorry to victim’s family (7.7.1989)
9. Student freed of hurt charge (17.1.1990)

Nota tambahan:
Perkataan “peloncolan” seperti yang sering digunakan pada 1980-an untuk menterjemahkan “ragging” sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan yang sepatutnya ialah “memelonco” (yang berasal daripada perkataan Jawa, “pelonco”) yang membawa maksud “menguji dan menduga dengan keras (berkenaan maha*siswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera”

sumber

Dadah – Jenis-Jenis & Kesannya

Dadah – Jenis-Jenis & Kesannya


Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
“dadah yang disalahguna”.

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah

  • Bentuk blok / serbuk
  • Bertanda “999″
  • Mengandungi 70% – 90% morfin
  • Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin

  • Seperti serbuk kopi halus
  • Mengandungi 60% – 70% morfin

Pil-pil Morfin

  • Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
  • Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik


Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin


Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine


Syabu / Ice

Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.


Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain


Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.


Pokok Koka


Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.


Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA


Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis


Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.


Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish


Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%
Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap


“Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan “Bong”


“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat “Depresen”


Barbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.


Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.


Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.

Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.

“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB


GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.


GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.


Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid


Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.


Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.


Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.


Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum


Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia

Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.


Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.

Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

  • Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
  • Daya tahan meningkat.
  • Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
  • Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
  • Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

  • Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
  • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
  • Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  • Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
  • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
  • Masalah dan tekanan rumah tangga
  • Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
  • Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
  • Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

  • kesan kepada penagih
  • kesan kepada keluarga
  • kesan kepada masyarakat
  • kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

  • Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  • Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
  • Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
  • Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
  • Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
  • Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
  • Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

  • Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
  • Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

  1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
  2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

  • Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
  • Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

  1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :

  • Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
  • Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7

  • Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret.
  • Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

  • Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
  • Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
  • Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :

  • Mengesan
  • Membeku
  • Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

  • Seksyen 39(B) ADB 1952
  • Seksyen 6(B) ADB 1952
  • Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

  • Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
  • Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

  • Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
  • Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :

  • Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
  • Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
  • Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
  • Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan


Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama - SUMBER

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .

Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.


Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi.

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.

Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.


Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah

  1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
  2. Serbuk Kaca Kalimantang
  3. Pencuci lantai
  4. Klorox
  5. Ubat Nyamuk
  6. Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :

  1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
  2. Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
  3. Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
  4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
  5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
  6. Sawan,tegang otot,menggeletar


Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Sumber Asal : http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/padah-pil-kuda.html

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

Quote:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

Quote:
“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Quote:
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).

Quote:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

  • Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  • Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  • Menjual beli dadah.
  • Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

Sumber

sejarah penubuhan grup metallica – grup kegilaan seluruh dunia


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

METALLICA

Ahli:

James Hetfield – Vokalis utama, Gitar irama (1981–kini)
Lars Ulrich – Drum (1981–kini)
Kirk Hammett – Gitar solo, Vokalis tambahan (1983–kini)
Robert Trujillo – Gitar bes, Vokalis tambahan (2003–kini)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960×960.

Bekas ahli:

Lloyd Grant : Guitar [1982], Defcon

Ron McGovney : Bass [1982-1983], Phantasm

Sammy Dijon : Vocals [1982]

Jason Newsted : Bass [1986-2001], Spastik Children, IR8, Echobrain, Voivod, ex-Flotsam And Jetsam, ex-Ozzy Osbourne

Cliff Burton : Bass [1983-1986], died 27/09/1986 (bus accident), ex-Trauma, ex-Spastik Children, ex-EZ-Street

Bob Rock : Bass [2003], session member

Dave Mustaine : Guitar [1982-1983], Megadeth, MD.45, ex-Panic (USA)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1280×822.

SEJARAH BERMULA DI SINI:

Awal tahun (1981-1983)

Metallica telah dibentuk di Los Angeles, California, pada awal tahun 1981 apabila pemain drum Lars Ulrich membuat pengiklanan ke akhbar tempatan Los Angeles —The Recycler— berbunyi ” Pemain drum sedang mencari ahli muzik untuk bermain dengan Tygers dari Pan Tang, Diamon Head dan Iron Maiden.” Pemain guitar James Hetfield dan Hugh Tanner dari Leather Charm menjawab iklan tersebut.

Walaupun dia belum membentuk sebuah kumpulan muzik, Ulrich meminta pengasas Metal Blade Records, Brian Slagel jika dia boleh merekod sebuah lagu untuk kompilasi Metal Massacrelabel akan datang. Slagel menerima dan Ulrich merekrut Hetfield untuk menyanyi dan bermain gitar.

Ulrich berbincang dengan rakannya Ron Quintana yang mencadangkan nama kumpulan ini untuk fanzine. Quintana telah mencadangkan beberapa nama iaitu Metal Mania dan Metallica. Ulrich memilih Metallica sebagai nama kumpulan muzik ini. Iklan kedua diletakkan pada akhbar The Recycler untuk posisi lead gitar. Dave Mustaine menjawab, dan, selepas melihat gitarnya yang mahal, Ulrich dan Hetfield merekrutnya. awal tahun 1982, Metallica merekod lagu original mereka pertama “Hit the Lights” untuk Metal Massacre / kompilasi.

Hetfield bermain bass dalam lagu tersebut dan Lloyd Grant diberi kepercayaan untuk solo gitar. Dikeluarkan pada 14 Jun 1982, cetakan awal Metal Massacre/ terdapat kesilapan dalam senarai sebagai “Mettallica’. Walaupun marah dengan kesilapan tersebut, Metallica berjaya menghasilkan lagu yang cukup mantap dan beraksi persembahan live mereka yang pertama di Radio City di Anaheim, California pada 14 Mac 1982 dengan pemain bass Ron McGovney yang baru direkrut.

Metallica merekod demo pertama, Power Metal sebuah nama hasil inspirasi kad perniagaan Quintana pada awal tahun 1982. Pertengahan tahun 1982, Ulrich dan Hetfield menghadiri satu pertunjukan di kelab malam Whisky a Go Go yang mempamerkan pemain bass Cliff Burton dari kumpulan muzik Trauma. Mereka berdua terpegun dengan penggunaan pedal wah-wahBurton dan mempelawanya untuk menyertai Metallica.

Hetfield dan Mustaine ingin menyingkirkan McGovney kerana dia tidak memberi sebarang sumbangan dan hanya sekadar mengikut. Walaupun pada awalnya Burton menolak pelawaan tersebut, tetapi pada penghujung tahun dia menerima pelawaan tersebut dengan syarat kumpulan muzik itu berpindah ke San Francisco. Persembahan livepertama Metallica ialah di sebuah kelab malam The Stone pada Mac 1983, dan rekod pertama bersama Burton adalah demo Megaforce pada tahun 1983.

Metallica telah bersedia untuk merekod album sulung mereka tetapi Metal Blade tidak mampu menanggung kos tambahan, kumpulan muzik itu mula mecari jalan lain. Penganjur konsert Johnny “Z” Zazula, demo No Life ’til’ Leather 1982, menawarkan record deal dengan Metallica dan New York City – lebel rekod tempatan. Setelah tidak menerima sebarang label rekod, Zazula meminjam wang untuk menutup bujet rekoding dan Metallica menjadi label dibawahnya, Megaforce Records.

Ahli kumpulan muzik ini menyingkirkan Mustaine keluar dari kumpulan muzik ini kerana penyalahgunaan dadah dan alkohol, dan kelakuan ganas. Pemain gitar Exodus, Kirk Hammett menjadi pengganti kepada Mustain pada hari yang sama Mustain disingkir. Persembahan Metallica bersama Hammet adalah pada 16 April 1983 di kelab malam The Show Denver, New Jersey.

Mustaine telah meluahkan perasaan kurang senang dalam wawancara. Katanya Hammett “stole my job, but at least I got to bang his girlfriend before he took my job — how do I taste, Kirk?”.Mustaine sememangnya marah kerana percaya bawaha Hammett telah menjadi popular dengan bermain gitar lead yang ditulis oleh Mustaine.

Pada tahun 1985, wawancara bersama Metal forces, Mustaine mencabar Hammett dengan berkata “it’s real funny how Kirk Hammett ripped off every lead break I’d played on that No Life ’til Leather tape and got voted No. 1 guitarist in your magazine.”Dalam album Megadeath Killing Is My Business… and Business Is Good!, Mustaine memuatkan lagu “Mechanix”, yang mana nama tersebut diubah kepada “The Four Housemen” on Kill ‘Em All oleh Metallica.

Mustaine berkata dia berbuat demikian adalah untuk “mengukuhkan Metallica” kerana dia dirujuk sebagai pemabuk dan tidak boleh bermain gitar oleh Metallica.

Kill ‘Em all dan Ride the Lighting (1983-1984)

Pada tahun 1983, Metallica mengembara ke Rochester, New York untuk merekod album pertama mereka, Metal up Your Ass, dengan tugas – tugas produsi yang diurus oleh Paul Curcio. Desebabkan konflik dengan label rekod kumpulan muzik dan keengganan pengedar mengeluarkan album dengan nama tersebut, album tersebut di nama semula sebagai Kill ‘Em All.

Dikeluarkan atas Megaforce Records di U.S dan Music for Nation di Eropah, album tersebut naik tangga ke 120 dalam Billboard 200, dan walaupun album tersebut pada awalnya tidak berjaya dari segi kewangan namun ia meningkatkan peminat dalam underground metal scene. Kumpulan muzik ini memulakan jelajah Kill ‘Em All bersama Raven untuk menyokong pengeluaran album tersebut. Pada Februari 1984, Metallica menyokong Venom dalam Jelajah Seven Dates of Hell, dimana mereka beraksi di Festival Aardschok di Zwolle, Belanda.

Metallica merekod studio album yang kedua, Ride the Lightning, di Sweet Silence Studios di Copenhagen, Denmark. Dikeluarkan pada Ogos 1984, album tersebut naik ke tangga 100 dalam Billboard 200. Seorang warga Perancis yang tersalah cetak album hadapan yang berwarna hijau kini dijadikan sebagai bahan koleksi. Lagu lain dalam album ini termasuk lah “For Whom the Bell Talls”, “Creeping Death” (yang menyatakan cerita berunsul alkitab penghijrahan Hebrew dari perhambaan di Egypt, menumpukan pada pelbagai wabak yang dikunjungi oleh orang Egypt), dan “The Call of Ktulu” instrumental. Mustaine menerima pengiktirafan untuk “Ride the Lighting” dan “The Call of Ktulu”.

Master of Puppepts (1984-1986)

Album ketiga Metallica, Master of Puppets direkod di Sweet Silence Studio dan dikeluarkan pada Mac 1986. Album tersebut meningkat tangga ke-29 dalam Billboard 200, dan bertahan selama 72 minggu dalam carta tersebut. Album tersebut merupakan album pertama yang diberi pengiktirafan emas pada 4 November 1986, dan diiktiraf enam kali platinum pada 2003.

Steve Huey daripadaAllmusic mempertimbangkan album tersebut sebagai “kejayaan terbesar kumpulan muzik ini”. Selepas pengeluaran album tersebut, Metallica membuat jelajah U.S dibantu oleh Ozzy Osbourne.

Hetfield tercedera pada pergelangan tangan selepas bermain papan luncur meluncur menuruni bukit, walaubagaimanapun menyambung jelajah sebagai penyanyi, dibantu oleh John Marshall selaku juruteknik gitar bermain untuknya sebagai gitar irama.Pengarah Elektra Records A&R Micheal dan pengasas bersama Q-Prime Management Cliff Burnstein menghadiri konsert Metallica pada September 1984.

Terpegun dengan persembahan Metallica, mereke menandatangan kontrak Metallica dengan Elektra Records dan menjadi pelanggan kepada Q-Prime Management. Kejayaan Metallica yang pantas menjadikan muzik label British menerbitkan edisi terhad Creeping Death EP, yang telah dijual 40,000 salinan seperti diimport di A.S. Dua daripada tiga lagu dalam rekod (versi muka Diamond Head “Am i Evil?”, dan Blitzkrieg “Blitzkrieg”) muncul dalam Elektra 1989 penerbitan semula Kill ‘Em All.

Metallica memulakan jelajah Eropah mereka yang pertama yang mana purata penonton sebanyak 1,300. Sekembali ke U.S menandakan tajuk jelajah bersama dengan W.A.S.P dan Armored Saint. Metallica beraksi dalam persembahan mereka yang terbesar di festival Monster of Rock pada 17 Ogos 1985, bersama Bon Jovi dan Ratt di Donington Park,England, beraksi di depan 70,000 orang. Satu persembahan di Oakland, California, pada festival Day on the Green melihat kumpulan muzik ini beraksi di depan 60,00 orang penonton.

Kematian Cliff Burton dan Garage Days Re-Revisited (1986-1987)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800×600.

Pada 27 September 1986, semasa Jelajah Damage Inc. Metallica ke Eropah, mereka mencabut undi menggunakan daun terup untuk melihat tempat tidur pilihan mereka di dalam bas. Burton menang dan memilih untuk tidur di tempat tidur Hemmett. Sekitar waktu subuh di Dörarp, Sweden, pemandu bas mereka hilang kawalan dan menggelongsor, memyebabkan bas itu terbalik beberapa kali.

Ulrich, Hammet dan Hetfield tidak mengalami kesederaan yang serius; walaubagaimanapun, pemain bes Buton telah dihimpit di bawah bas dan terbunuh. Hetfiel berkata, “saya nampak bas itu menghimpitnya, saya nampak kakinya terkeluar dan saya panik. Pemandu bas tersebut cuba mengambil selimut daripadanya untuk kegunaan orang lain dan saya berkata “Jangan buat itu!” saya hampir ingin membunuh pemandu bas tersebut.

Kematian Burton meninggalkan keraguan pada masa depan Metallica. Ketiga-tiga mereka kekal ahli kumpulan muzik dan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan impian mereka. Dengan restu keluarga Burton mereka mencari pengganti Burton.

Lebih kurang 40 orang mencuba ujibakat termasuk kawan zaman kanak-kanak Hammett, Les Claypool dari kumpulan muzik Primus, Troy Gregory dari kumpulan muzik Prong dan Jason Newsted, bekas kumpulan muzik Flotsam dan Jetsam. Newsted tang telah mempelajari semua senarai set Metallica, dan selepas ujibakat tersebut Metallica mempelawanya ke Tommy’s Joynt di San Francisco.

Hetfield, Ulrich dan Hammett membuat keputusan bahawa Newsted adalah orang yang sesuai menggantikan Burton, dan persembahan langsung pertama Newsted bersama Metallica ialah di Country Club di Reseda, California. Ahli kumpulan muzik ini membuat ‘permulaan’ bersama Newsted dengan mengenakan Newsted dengan memakan bebola wasabi.

Pada Mac 1987, Hetfield mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya kali kedua selepas bermain papan luncur. Juruteknik gitar, Marshall kembali untuk bermain gitar irama, tetapi kecederaan ini terpaksa membatalkan persembahan mereka bersama Saturday Night Live. Metallica menamatkan jelajah mereka pada awal bulan 1987 dan pada Ogos 1987 semua EP mereka bertajuk The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited diterbitkan. EP tersebut direkod untuk sebagai usaha menggunakan rekod studio mereka yang baru dibina, menguji bakat Newsted, dan mengurangkan kesedihan dan tekanan berikutan kematian Burton. Satu video bertajuk Cliff ‘Em All telah diterbitkan pada 1987 sebagai peringatan 3 tahun Burton bersama Metallica. Video tersebut disertakan solo bes, video di rumahnya dan gambar-gambar.

…And Justice for All (1988-1990)

…And Justice for All, merupakan album studio pertama mereka semenjak kematian Burton, dikeluarkan pada 1988. Album tersebut berjaya dari segi komersil, berada dalam tangga ke enam padaBillboard 200, dan merupakan album pertama kumpulan muzik ini berada dalam 10 teratas dalam carta tersebut.

Album tersebut disahkan platinum selama sembilan minggu selepas penerbitan album tersebut. Bes yang dimainkan oleh Newsted dalam album ini sengaja ditolak yang merupakan salah satu “penghinaan” berterusan yang diterimanya dan idea muziknya juga diabaikan (walaubagaimanapun, dia menerima penghargaan dalam penulisan muzik untuk lagu “Blackened”).

Metallica (Black album boh) (1990-1993)

Pada Oktober 1990, Metallica berkunjung ke One on One studio di North Hollywood untuk merekod album terbaru mereka. Bob Rock, pernah bekerja dengan kumpulan muzik The Cult, Bon Jovi, dan Mötley Crüe diberi kepercayaan bekerja dengan Metallica sebagai produsi.

Metallica {juga dikenali sebagai “The Black Album”) telah diolah sebanyak tiga kali, bernilai 1 juta dolar dan menyebabkan berlaku tiga penceraian.

Load, Reload, Garage Inc., dan S&M (1994-1999)

Setelah hampir tiga tahun menjelajah untuk mempromosi album Metallica termasuk membuat persembahan utama di Woodstock ’94. Metallica kembali ke studio untuk menulis dan merekod studio album ke enam mereka. Kumpulan muzik ini berehat pada musim panas pada tahun 1995 dan membuat tiga persembahan termasuk persembahan utama mereka di Donington Park di United Kingdom bersama – sama Slayer, Skid Row, Slash’s Snakepit, Therapy? dan Corrosion of Conformity.

Kontroversi Napster (2000-2001)

Pada tahun 2000, Metallica mendapati satu demo lagu mereka “I Disppear”, yang sepatutnya diterbitkan bersama – sama runut bunyi Mission: Impossible II, telah dimainkan radio ke udara. Setelah menjejak sumber yang mengeluarkan lagu tersebut, kumpulan muzik ini mendapati fail tersebut adalah daripada rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan Napster dan mereka juga mendapati semua katalog kumpulan muzik ini boleh diperolehi secara percuma melalui rangkaian tersebut.

Serta – merta tindakan dijalankan menentang Napster dengan menfailkan sama terhadap Napster di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Pusat Daerah California yang mana Napster secara haram.

Pemergian Newsted,St. Anger dan kemasukan Trujillo (2001-2005)

Semasa rancangan untuk memulakan studio album terbaru mereka, Newsted meninggalkan kumpulan muzik ini pada 17 Januari 2001. Kenyataannya menunjukkan pemergiannya adalah berdasarkan sebab – sebab peribadi dan keadaan fizikal yang dilakukan terhadap dirinya semasa bermain muzik yang disukainya.

Beberapa minggu selepas pengeluaran St. Anger,baru mereka membuat ujibakat memilih pemain bes baru mereka.Setelah mengujibakat beberapa pemain bes,mereka sebulat suara telah memilih Robert Trujillo dari Suicidal Tendencies dan ia kekal sampai ke album seterusnya,Death Magnetic.

Death Magnetic (2006-kini)

Pada Disember 2006, Metallica menerbitkan DVD yang mengandungi kesemua video muzik dari tahun 1989 hingga 2004. DVD tersebut bertajuk The Videos 1989–2004, dijual sebanyak 28,000 salinan pada minggu pertama dan memasuki carta Billboard Top Videos pada tangga ketiga.

Gaya,tema & lirik

Terpengaruh dengan kumpulan muzik heavy metal sebelumnya seperti Black Sabbath, Deep Purple, dan Led Zeppelin dan irama baru kumpulan muzik Heavy Metal British seperti Venom, Motörhead, dan Iron Maiden. Diawal penerbitan album Metallica mengandungi tempo yang laju, gitar solo yang diharmoni, dan sembilan minit instrumental. Steve Huey dari Allmusic berkata bahawa Ride the Lighting memaparkan “extended, progressive epics; tight, concise groove-rockers”.

Huey merasakan Metallica mengembangkan teknik pengkomposisi dan jurang ekspresi untuk membawa pembawaan yang lebih agresif pada penerbitan album seterusnya, dan lirik lagu lebih kepada isu peripada dan sosial. Tema lirik dalam Master of Puppets merangkumi keagamaan, pemimpin askar, kemarahan, kegilaan, raksaan dan dadah.

Pada 1991, dengan penerbit baru Bob Rock, Huey merasakan Metallica meringkaskan dan meluruskan muzik mereka lebih kepada pendekatan komersil untuk menarik pendengar mainstream. Kumpulan muzik ini telah meninggalkan pembawaan lagu yang agresif dan tempo yang laju, seperti yang diperkatakan oleh Robert Palmer dari kumpulan Rolling Stone.

Warisan & Pengaruh

Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu “big four” kumpulan muzik trash metal seiring dengan Slayer, Anthrax, dan Megadeath.

Kumpulan muzik ini telah menjual sebanyak 90 juta rekod sedunia (terbukti kegilaan ramai ), termasuk 57 juta di Amerika Syarikat membuatkan Metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya dari segi komersilnya.

sumber & terima kasih

sejarah Ujang & ke manakah beliau menghilangkan diri?


Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.

Setelah betahun-tahun beliau menghilangkan diri daripada persada seni ekoran kekecewaan beliau terhadap masalah berkenaan karya intelek beliau, kini beliau menjelma kembali dengan semangat yang penuh membara untuk mengejutkan kembali kartunis-kartunis tanah air daripada ‘tidur.’ Beliau adalah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan.

Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, benar-benar mengecewakan beliau.
Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula ‘Sifu Kartun Malaysia’ ini. Bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang menjalani pengambaran sekitar bulan April 2007 dan bakal menemui kaki-kaki wayang di Malaysia sekitar Disember 2007. Filem itu dikenali sebagai “Jibam The Movie.”

Selain daripada itu, langkah-langkah giat ke arah menerbitkan Jibam sebagai sebuah animasi sedang dilakukan. Menurut laporan daripada sumber yang dipercayai, watak-watak animasi “Jibam” sedang dalam proses pembikinan oleh sebuah syarikat. Diharapkan “Jibam” akan meledakkan industri kartun dan komik di Malaysia pada suatu hari nanti dengan persembahan yang berwajahkan Malaysia.

aku budak minang (paling fevret nih)

Aca sambungan aku budak minang. (ni pon best)

Ujang no 1 tahun 1994

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 764×1024.

Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kalernya. Legend gila buku tu.

Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.

Kemanakah ujang menghilang?

Itu antara soalan aku pada suatu hari ketika sedang asyik membaca bumper puasa ujang, dibelek-belek pada ruangan editorial sudah tiada lagi nama ujang di dalam majalah tersebut.Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kehilangan ujang dalam industri kartun tanah air.

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.

Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem’paten’kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).

Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama ‘ujang’ itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem ‘jibam’ iaitu salah satu daripada karyanya yang ‘akan’ dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
4.Jangan terlalu percayakan seseorang walaupun orang itu sangat rapat dengan kita.
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.

Definisi “plagiarism”
“To steal ideas from one person” atau Ciplak.

—-

sumber & terima kasih akumijae.com

Panas!!! Gambar “NASI LEMAK” Wardina tersebar


Gua teruja betul bila tengok gambar NASI LEMAK selebriti berilmiah ni.. Bukan senang nak jumpa ni beb memandangkan selebriti ni memang terkenal dengan sopan santun beliau..

Memang cekap betul si pengambil gambar nasi lemak ni kann… First class punya shoot ni beb..

Di sebalik populariti beliau, ada juga pihak yang cuba ‘mengambil kesempatan’ terhadapnya untuk promosikan produk mereka!

Wardina jangan salah faham pulak ye.. Bukan tujuan gua nak memfitnah artis jelita bertudung ni. Gua cuma nak mengusik je beb…
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kisah Singa dengan Orang Utan kat Hutan Amazon! LOL


Dua musuh iaitu Singa & Orang Utan. Mereka ni tinggal di Hutan Simpan Amazon. Kerja mereka asyik bergaduh jer. Nak jadikan cerita, satu hari mereka terjumpa pelita ajaib. Ala, mcm citer aladdin tu. Mereka pun gosok maka keluarlah Jin dari pelita itu.

Jin : Terima kasih kerana membebaskan aku daripada pelita ini. Sebagai penghargaan, aku akan berikan kamu 3 pemintaan setiap orang. Singa, kau mula dulu!

Permintaan 1 Singa : Aku nak minta semua singa yang ada di Hutan ini menjadi betina yang cantik dan cun, kecuali aku!

Maka, sekelip mata Jin pun menunaikan permintaannya. Jadilah seperti yang diminta.

Permintaan 1 Orang Utan : Aku nak sebuah Kereta Ferrari, kuasa kuda sejuta lejang!

Sekelip mata Jin munculkan kereta di depan mata Orang Utan!

Permintaan 2 Singa : Kali ni aku nak semua singa yang terdapat di negeri aku ni semua betina yang lagi cun dan mengancam!

Maka, jadilah apa yang diminta. Seluruh negeri sekitar itu, semuanya dah jadi betina!

Permintaan 2 Orang Utan : Aku mahu minta satu sepersalinan baju jaket yang siap ada spek mata hitam, baru machooo!

Jin : Boleh, xdak hal! (zuuppp! Sekelip mata Orang Utan tu dapat apa yang dia nak!). Okey, permintaan terakhir!

Singa : (Berfikir sejenak..) Baik, aku nak semua singa di seluruh dunia ini jadi betina kecuali aku! (Singa ni kang, gatal betul, dia sorang jantan, tak takut ka kena rogol ka?)

Sesaat jer, seluruh dunia singanya jadi betina kecuali Singa yang buat permintaan tu.

Orang Utan : (Sambil pakai jaket yang dapat tadi, pakai spek, masuk kereta, start enjin, buka cermin, then permintaan dia…)

“Aku nak Singa tu menjadi Pondan!”

Selepas permintaan terkabul, orang Utan tu blah dengan bangganya dengan kereta Ferrari. Fuiyyoo.. Dasyat dia bawak.

Eh, lupa. Singa tu plak macamana?

Singa : Auwww.. Mana nak cari lelaki kat dunia ni, semuanya betina. Tak kuasa nyah! Auwww…

Jin pun ghaib! Habis cerita. Sekian, terima kasih.

Cerita Lawak – Raja Ego Dan Kudanya

Raja Ego Dan Kudanya!!


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego*lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.

Baginda*mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda*ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai*giler.*Suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh*panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi. Itu*pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.

Tapi kude ni hanya*dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini*telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang*dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar*seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan*bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang*boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat*demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang*budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu*terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak*tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk. (Senak la*agaknya kot…)

Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg*dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi

pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda*beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak*melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti*hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada*siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan*kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.*Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak*cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.*Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka*bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.*Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun*gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,*“Nak kena jentik lagi…??”

Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan


Penduduk kampung dari Liucunbu, masyarakat luar bandar di barat China Xi’an, menemui mainan seks (sex toy) ketika sedang melakukan kerja menggerudi. Oleh kerana bingung dengan apa yang mereka temui, mereka pun menghubungi Xi’an TV station, yang terus menghantar wartawan wanita muda Yunfeng Ye ke lokasi kejadian.

Selepas membuat kajian, Ye pun mula mengulas dengan ayat “Kita boleh lihat ada sesuatu seperti mulut dan di sisi lain terdapat satu lubang yang menghubungkan semua jalan hingga ke hujung yang lain. Ia sangat licin dan kenyal seperti daging”. Ye mendakwa bahawa ia sejenis cendawan ‘Taisui’ yang jarang ditemui dan hanya tumbuh dalam keadaan tertentu.

Walau bagaimanapun, ramai penonton siaran itu yang telah menghubungi stesen TV Xi’an dan mengatakan bahawa misteri ‘cendawan’ itu sebenarnya mainan seks. Seorang pengguna telah menulis “Bagaimana anda tidak tahu perbezaan antara silikon dan kulat organik?” dan satu lagi menyatakan “Itu langsung tidak serupa seperti cendawan – adakah orang-orang stesen Tv ini tidak melakukan penyelidikan mereka?”

Pada hari selepas program itu disiarkan, pihak stesen Tv telah memohon maaf melalui Sina Weibo, sebuah laman web blog Cina.

PM akan umum bonus penjawat awam

PM akan umum bonus penjawat awam


PM akan umum bonus penjawat awam

24 Jun 2013

Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.

“Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

“Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

“Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian,” katanya. – Bernama

Misteri kehilangan Chin Aik

Misteri kehilangan Chin Aik


GEORGETOWN – Tiada mayat manusia ditemui setakat ini di kawasan lubang yang terbentuk akibat runtuhan rod penebat kilat di Menara Umno, Jalan Macalister, di sini, Khamis lalu.

Turut jadi persoalan tiada kesan darah atau tisu badan manusia ditemui pasukan forensik dan kakitangan Jabatan Kimia di lokasi di mana peniaga nasi, Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus.

Ini meninggalkan tanda tanya, ke mana hilangnya lelaki itu setelah polis mendapati nombor casis kereta yang terbenam di lokasi sama adalah sepadan dengan Honda City miliknya yang dilaporkan hilang.

Chin Aik pada masa kejadian dikatakan keluar untuk menjemput anaknya dari sekolah dan melalui kawasan itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng pada sidang media semalam menyatakan, pihaknya sudah pun melengkapkan siasatan mengenai kehilangan lelaki malang itu.

“Hasil siasatan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi proses penyediaan sijil kematian mangsa,” katanya.

Selain itu, katanya, satu salinan laporan lengkap juga diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Polis bertindak berpandukan semua sumber yang diperoleh antaranya rakaman kamera sistem litar tertutup (CCTV) yang merekodkan kejadian itu.

“Selain itu, laporan juga menyentuh mengenai operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sebelum ini. Kita percaya mayat mangsa berada di sekitar tempat kejadian namun tidak dapat ditemui,” katanya.

Menurutnya, selepas menyerahkan laporan lengkap kepada menteri dan pejabat Timbalan Pendakwa Raya, kemungkinan sijil kematian mangsa yang terlibat akan dikeluarkan.

“Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mungkin menyerahkan sendiri kepada keluarga mangsa selewat-lewatnya Jumaat ini,” katanya.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lalu, mangsa dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa bahagian kereta Honda City berwarna gelap miliknya terbenam di kawasan runtuhan Sabtu lalu.

Susulan itu, operasi mencari dan mengesan mangsa dijalankan namun terpaksa dihentikan sepenuhnya pada jam 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas.

Isnin lalu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan sebuah jawatan kuasa inkues menyiasat status Chin Aik.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian semalam mendapati kerja memperbaiki jalan raya yang rosak teruk akibat kejadian runtuh itu giat dijalankan.

Bagaimanapun, jalan di sekitar lokasi itu masih lagi ditutup dan dijangka hanya akan dibuka semula sebelum Isnin.

Difahamkan, bekalan air yang terputus sudah disambung semula dan premis perniagaan di sekitar tempat kejadian mula beroperasi seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...