Wanita berbikini bentuk formasi 2013

Wanita berbikini bentuk formasi 2013


GUANGZHOU – Sekumpulan wanita yang hanya memakai bikini di China berkumpul di Taman Tema Air Chimelong di sini untuk membentuk formasi angka 2013 kelmarin, lapor media tempatan.

Formasi angka tahun 2013 itu juga dilakukan seperti bentuk ular yang melingkar.

Lapor media tempatan, kumpulan wanita itu melakukan formasi tersebut untuk sesi fotografi sempena satu acara promosi di taman tema air tersebut.

Beribu-ribu wanita mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang diadakan kelmarin.

Ia diadakan sempena musim panas tahun ular menurut kalendar masyarakat Cina.

Kumpulan wanita muda itu turut mengambil kesempatan berekreasi dan mandi di kolam air taman tema air tersebut. – Agensi

Kisah Pondan Dan Pelacur Bawah Umur Di Lahad Datu


SEKALI imbas bandar Lahad Datu di Sabah ini tiada beza dengan bandar-bandar lain.

Ia tenang dan aman cuma agak sunyi bila menjelang malam.Apatah lagi bila berlakunya kejadian pencerobohan pengganas Sulu di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu agak jauh, iaitu kira-kira 130 kilometer, namun kebimbangan penduduk di bandar itu tetap ada.

Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.

Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.
Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.

Walaupun jumlah penjualnya dikatakan turun secara mendadak, namun ada yang ‘buat *****’, mungkin kerana itu punca utama rezeki mereka.

Tetapi yang paling mengejutkan, kami menemui sekumpulan pondan dan gadis bawah umur di celah-celah bandar kecil itu.

Pada mulanya kami menyangka mereka mungkin remaja yang hanya bersiar-siar mengambil angin malam, tetapi jangkaan kami meleset.
Mereka bukan mengambil angin malam, tetapi sebenarnya KUPU-KUPU MALAM!


Nina ketika dihampiri mengaku baru berusia 15 tahun tetapi hanya bersekolah sehingga darjah enam saja.

” Ibu bapaku orang susah bah, aku ndak mau terus nyusahkan mereka…lalu aku di lorong aja,” katanya selamba.

Nina menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM150 untuk ‘jangka pendek’ dan sanggup bermalam jika mahu bayar lebih.

Ketika ditanya tidak dia berasa risau dengan kehadiran anggota keselamatan yang ramai ketika ini, Nina hanya terdiam.Katanya, semuanya kerana desakan hidup dan dia terpaksa mengambil risiko itu.

” Kalau nampak mereka (polis) kami larilah bah, ini pun curik-curik keluar, sebab itu aku hanya berdua dengan temanku ini, kalau ada, adalah…kalau tiada yang mau ngambil kami, kami berdua jalan-jalan makan angin saja bah, makan angin takkan kena tangkap kan?,” katanya sambil tersenyum.

Kami kemudiannya bergerak meneruskan perjalanan.
Tidak jauh dari situ kami nampak pula sekumpulan maknyah, juga masih muda-muda nampaknya.


Jumlahnya agak ramai, siap bergelak-ketawa dan bergurau senda sesama sendiri tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.Ternyata mereka lebih ‘DARING’.

Mereka menghampiri kami sambil menunjukkan isyarat supaya menurunkan cermin kereta.Salah seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai ‘Melisa’.Belum apa-apa Melisa menghulurkan kertas kecil yang bertulis tangan.


IKA MELISA NATASHA

019- 802 XXXXX

Siap dilukisnya lambang ‘love’ dan perkataan ‘muahh’…lucu pula melihatnya.
Ala-ala ‘business card’ le tu.


” Bawalah kami karaoke bang, tak cukup mikrofon kita pinjam yang abang-abang ini ‘punya’,” kata salah seorang daripada mereka sambil ketawa mengilai.

Macam pontianak bunyinya, chisss!

Begitulah keadaannya, demi wang manusia sanggup berbuat apa-apa saja walaupun keadaan sekeliling bagaikan berada di zon perang

Cerai kerana anu kecil

Cerai kerana anu kecil


Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.

Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.

Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. – The Sun

Anak bos F1 bergambar bogel untuk majalah Playboy


LONDON – Seorang anak perempuan bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone telah bergambar bogel untuk majalah bogel Playboy, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pewaris aset berbilion-bilion dolar milik Ecclestone itu menjadi penghias muka depan majalah tersebut untuk edisi Mei depan.

Gambar bogel Tamara bakal menghiasi lapan halaman majalah milik Hugh Hefner, 86 itu.

Tamara pernah berbogel untuk kempen sebuah pertubuhan pembela hak-hak haiwan pada tahun 2008 ketika dia berusia 24 tahun.

Berita tersebut didedahkan selepas selebriti berusia 28 tahun itu bertunang dengan seorang broker saham, Jay Rutland, 31

Lelaki terkejut kekasihnya jantan

Lelaki terkejut kekasihnya jantan


Miri: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.

Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.

Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.

Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.

“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.

“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.

Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.

Air mani disangka pelembap muka

Air mani disangka pelembap muka

 


Beijing: Kerana terlalu minat kepada seorang pelajar perempuan, Gou Wen bertindak meluahkan perasaannya dengan memberi gadis itu sebotol air maninya, mencontohi filem lakonan Cameron Diaz, There’s Something About Mary.

Tetapi Gou Wen ditangkap tidak lama selepas itu selepas pelajar perempuan berkenaan, Zeng Lin, 19, yang menyangka hadiah itu pelembap muka, menyapu pada mukanya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut laporan, lelaki berusia 22 tahun itu memohon maaf dan diarah membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa.

Zeng Lin dikatakan sudah menyapu separuh daripada cecair itu pada mukanya sebelum bertanya rakan serumah mengenai bau ganjil ‘pelembap’ berkenaan.

Gou Wen dari Chongqing berkata: “Saya mencintainya, tetapi dia tidak tahu. Saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkankannya. Saya memberinya air mani itu sebagai cara membuktikan cinta saya,” – Agensi

Pemuda 19 Tahun Ditahan Kerana Cabul Wanita Ketika Beratur


Pemuda 19 Tahun Ditahan Kerana Cabul Wanita Ketika Beratur

BESUT, 25 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang pemuda berumur 19 tahun kerana mencabul seorang wanita ketika bersesak-sesak untuk mendapatkan baucar di sebuah kedai yang baharu dibuka di Jerteh, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian tersebut, wanita berusia 24 tahun dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu sedang beratur apabila tiba-tiba mendapati seorang lelaki yang berada di belakangnya telah meraba payu daranya.

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada suaminya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian yang kemudiannya melaporkan kepada anggota polis yang sedang bertugas di situ.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan polis menahan pemuda berasal dari Kampung Cawat, Kuala Besut itu kerana mencabul.

Katanya ujian air kencing mendapati pemuda itu positif methamphetamine.

Video Lawak -Gatal la u ni..

Video Lawak -Gatal la u ni..


Remaja Habuan 6 Rakan, Aksi Rogol Dirakam


GRIK : Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja ditipu teman lelakinya yang berjanji mahu menjaganya, sebaliknya menodai remaja itu dan kemudian menjadikannya ‘habuan seks’ kepada enam rakannya.

Aksi seks itu juga dirakam dan kemudian disebarkan kepada umum sekitar daerah ini melalui telefon bimbit menyebabkan mangsa berasa amat malu, sesal serta marah dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata dalam kejadian pada Jun lalu, remaja berkenaan yang berasal dari Lenggong mengikut teman lelakinya bersiar-siar dengan motosikal, pada satu malam.

“Selepas lewat malam, mangsa bagaimanapun tidak terus dihantar pulang ke rumah seperti dijanjikan sebaliknya dibawa ke sebuah rumah di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong. Enam rakan teman lelakinya menunggu di rumah itu.

“Mangsa diseret ke sebuah bilik dan dirogol teman lelakinya diikuti enam lelaki terbabit yang berusia antara 16 hingga 30 tahun, dan salah seorang daripadanya merakamkan aksi seks mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mahad Nor berkata, mangsa pada mulanya cuba melawan dan menendang lelaki yang merakamkan aksi seks itu tetapi gagal.

Rakaman aksi seks kira-kira tiga minit itu kini tersebar di kalangan orang ramai di daerah ini dan turut dilihat sendiri oleh mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong pada 4 Ogos lalu.

“Mangsa yang sudah tidak bersekolah selepas berhenti di Tingkatan Tiga kini trauma kerana aksi seks itu turut tersebar sehingga kepada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarganya.

“Polis berjaya menahan lima lelaki terbabit berusia antara 16 sehingga 30 tahun di beberapa lokasi di Lenggong pada 5 Ogos lalu tetapi dua lagi suspek berjaya melarikan diri. Polis percaya dapat menahan mereka tidak lama lagi kerana identiti mereka sudah dikenal pasti.

“Kelima-lima suspek ditahan reman mulai 5 Ogos hingga 11 Ogos ini. Polis turut merampas rakaman asal aksi seks terbabit daripada suspek sebagai bahan bukti,” katanya.

Mahad Nor berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan laporan perubatan mengesahkan dia dirogol beramai-ramai. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. – Webberita

Pelacur internet Uzbekistan diberkas

Pelacur internet Uzbekistan diberkas



SEORANG pegawai imigresen memeriksa barangan yang dirampas daripada wanita Uzbekistan dalam serbuan di sebuah hotel di Nilai semalam.

NILAI – Taktik seorang pelacur warga Uzbekistan yang mengiklankan perkhidmatan seks dalam sebuah laman web berbahasa Cina terbongkar apabila wanita itu ditahan di sebuah hotel di sini semalam.

Pengarah imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, ketika ditahan wanita berusia 31 tahun itu didapati sedang melayan seorang lelaki di bilik hotel berkenaan. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Katanya, aktiviti wanita itu dikesan sejak beberapa hari lalu selepas dia mengiklankan perkhidmatan seks di sebuah laman web dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.

“Kita menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan iklan di laman web berkenaan sebelum kita membuat siasatan lanjut sehingga wanita ini berjaya diberkas.

“Dia sudah dua kali datang ke negara ini. Terbaharu, dia didapati masuk ke sini pada 24 Januari lalu sebagai pelancong,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, pelanggan yang melayari laman web berkenaan akan menghubungi wanita terbabit sebelum menetapkan hotel untuk bertemu.

Menurut Faizal, wanita itu bergerak aktif di Seremban dan Nilai kerana bimbang aktivitinya dikesan sekiranya menawarkan perkhidmatan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Kita turut merampas berpuluh-puluh kondom dan cecair pelincir yang digunakan untuk aktiviti persundalan tersebut,” katanya.

Ujar Faizal, semakan mendapati wanita terbabit baru dua hari mendaftar di hotel dua bintang berkenaan. Dia juga cuba membuang kondom yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas tetapi gagal.

Wanita itu kini ditahan di Depoh Tahanan Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut.- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...