Sejarah keluarga sidek ~~Hero-hero badminton negara yg digeruni seluruh dunia~~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

DATO’ MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM)

Allahyarham Dato’ Sidek lahir pada 9 Januari 1936 di Banting, Selangor. Beliau bersekolah di Sekolah Agama Al-Mansor, Pulau Pinang. Antara kejayaan beliau ialah Juara Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Daerah Kuala Langat (1958); Juara Perseorangan Lelaki Daerah Kuala Langat (1959-1962); dan Juara Perseorangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor (1964).

Pada 1970, beliau bersara dan seterusnya bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton. Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri — kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato’ Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas.

Al-Fatihah.

DATUK MOHMED MISBUN BIN HAJI MOHD SIDEK

Misbun Sidek (lahir 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada adik-beradiknya.

ZAMAN KANAK – KANAK

Visi Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.

KARIER AWAL

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.

Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.

Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.

Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

KARIER SETERUSNYA

Setelah mengalahkan Liem Swie King di Sukan SEA Manila 1991, beliau memenuhi nazarnya dengan mencukur rambut ala ‘Mohican’ (botak di kiri kanan dengan rambut tebal menjurai di tengah). Ketika bertanding di Hong Kong beberapa waktu kemudian, beliau tetap muncul dengan potongan rambut yang aneh itu.

Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India).

Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan.

Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).

Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.
TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara.

Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.

Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers – lima anak lelaki keluarga Sidek.

Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki).

Misbun Sidek akan senantiasa dikenang sebagai jurulatih yang telah melahirkan ramai jaguh seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato’ Lee Chong Wei. Respek.

MOHAMED RAZIF MOHD SIDEK

Razif Sidek (lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992.

Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.

HAJI MOHAMED JALANI MOHD SIDEK

Mohamed Jalani Mohamad Sidek (lahir 10 November 1963 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton yang merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne.

Semasa perjalanan karier dengan abangnya Razif, mereka memenangi beberapa gelaran kejohanan tempatan dan antarabangsa. Detik paling bersejarah semasa beliau menjadi pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982.

Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau mengasaskan sebuah kelab badminton bagi mencari bakat pemain baru, yang dipanggil Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996. Beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.

Razif dan Jalani Sidek: Beregu yang digeruni.

Kesefahaman antara dua beradik ini digelar sebagai ‘telepathic’. Kekuatan mereka ialah pertahanan dalam rally yang panjang, di mana pihak lawan yang kurang sabar pasti akan melakukan kesilapan.

Piala Thomas 1992

RAHMAN SIDEK

Rahman Sidek (lahir pada 20 September 1965 di Banting, Selangor) merupakan Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Beliau pernah menjadi Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada; Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman; Naib Juara Berpasukan Piala Thomas; Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak dan Juara Berpasukan Piala Thomas (1992).

RASHID SIDEK

Abdul Rashid Mohamed Sidek (lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an.

Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu dalam kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau, Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Beliau dikatakan yang paling handal di kalangan Sidek bersaudara, kerana ketangkasannya sewaktu permainan jaring dan ‘smash’ yang padu dan kencang (uhmm…ada warga CG yg tak setuju keh?).

Beliau diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita.

Servis-S : Servis yang tak terlupakan.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan).

Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan.

Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Antara pemain yang mula-mula mempopularkan serangan pada masa menerima servis ialah Heryanto Arbi dan Lim Swie King.

Ia sememangnya menjadi masalah kepada pemain lawan untuk mengambil servis ini dan membuat serangan pada gerakan awal. Hal ini demikian kerana, pemain lawan yang menerima servis ini akan menerima bulu, bukan kepala. Alasan diharamkan adalah kerana ia merosakkan bulu tangkis. Servis-S ini dikatakan sangat berkesan dalam permainan beregu. Razif dan Jalani dikatakan dapat memenangi Kejohanan Seluruh England 1982, hasil dari keberkesanan ‘Servis-S’.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980.

BUKU BUKU SIDEK

JASA KAMU SEMUA AKAN DIKENANG SELAMANYA

Pose Menarik Gambar Hannah Tan

Pose Menarik Gambar Hannah Tan


Ketam terbesar di Belanda dapat ‘rumah’ baharu


SCHEVENINGEN – Seekor ketam labah-labah bernama Alexander mendapat rumah baharu di sebuah akuarium di sini, Belanda.

Ketam tersebut merupakan ketam terbesar di negara itu.

Berasal dari Jepun, Alexander mempunyai diameter lebih 3.5 meter termasuk kakinya.

Pihak Muzium Hidupan Laut di sini membina sebuah akuarium khas bagi menempatkan hidupan marin itu.

Akuarium berkenaan yang dilengkapi kaca tebal diisi dengan 12,750 liter air sejuk untuk memastikan ketam tersebut dapat menyesuaikan diri di tempat baharunya.

Ketam labah-labah boleh mencapai berat hingga 19 kilogram.

Haiwan laut itu memakan hidupan dan tumbuhan marin di dasar laut. – Agensi

Gambar Lawak – Beratur ya I bz ni….Hehe


Pesta air huru hara jadi pesta buli di Cina (Ada Gambar)


Water Splashing Festival di China bertukar menjadi huru-hara apabila beratus-ratus lelaki telah berkumpul di jalanan dan menyerang perempuan dengan belon air untuk menanggalkan baju mereka. Kebanyakan gadis-gadis ini diselamatkan oleh rakan-rakan mereka dan pegawai-pegawai polis tetapi sesetengah daripada mereka telah tercedera.

Lagi gambar…

Pontianak mengamuk kerana kain

Pontianak mengamuk kerana kain



Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj

KULIM – Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik ‘penunggu’ itu.

“Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

“Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu,” katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

“Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

“Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

“Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

“Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta,” katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

“Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

“Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Mengeluarkan Dadah Dari Punggungnya


Untuk mengelirukan pegawai saudagar dadah melakukan pelbagai cara untuk membawanya.
Membawa dadah dengan cara menelannya dan di keluarkan melalui dzubur seperhati halnya orang buang air besar adalah salah salah satu kaedah mereka.

Lelaki ini melakukan hal tersebut, namun aksinya boleh terendus oleh pihak dan rasmi bagi memaksanya untuk mengeluarkan benda haram yang ditelannya.
Aksi untuk mengeluarkannya sempat di abadikan oleh petugas. Menjijikkan

Rusa tertumpang bas sewaktu melintas jalan..


Mangsa dipercayai dalam perjalanan bertemu kawan..

Kedua duanya ditemui mati dgn cara begini..


Fuhh..mesti fight habis ni..

Keindahan Bulan dijadikan Karya

Keindahan Bulan dijadikan Karya….


Berkarya Seni Dengan BUlan…
Keindahan Bulan dijadikan Karya….
Attached Thumbnails
Click image for larger version</p>
<p>Name:	karya Bulan.jpg<br />
Views:	274<br />
Size:	42.1 KB<br />
ID:	74225
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...