Kolej Termewah Di Dunia

Kolej Termewah Di Dunia


Jangan salah faham ye ! Ini bukan pusat beli-belah,hotel atau pun tempat sejenisnya di mana orang bersenang-senang,tapi ini adalah bangunan sekolah,tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan berbagai kemudahan kelas satu.

Kolej ini dirancang senyaman mungkin untuk para siswa supaya mereka boleh menghasilkan prestasi maksima.Dikalangan akademik
Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan
semangat belajar para pelajar.
Bangunan kolej direka sedemikian rupa untuk memaksima kemasukan cahaya matahari.

Tidak seperti kolej biasa yang serba sederhana,maka rekaan bahagian dalam dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya.Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap siswa juga mendapat laptop.
Juga ada bantal orange pelbagai
fungsi yang boleh digunakan untuk
santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.Tidak hairanlah rekaan unik kolej ini berhasil mendapat pengakuan antarabangsa melalui beberapa penghargaan.

Melihat semua yang ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan untuk tidak cemerlang.

Apa itu Tsunami?

Apa itu Tsunami?

Istilah tsunami’ menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indinesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama – iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami.

Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.

Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.

Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah tidal wave Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.

Menurut Oceanographers istilah penggunaan tidal wave adalah tidak tepat kerana tsunami-tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut dalam apapun. Turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan, di mana kemasukan dan keluar boleh diramal secara tepat. Tsunami merupakan satu phenomena yang jarang, yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan menyatakan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak-ombak raksasa.

Tsunami

Tsunami (bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih.

Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan. Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit. Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut. Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.

Apa Penyebab Tsunami?

Tsunami-tsunami adalah siri ombak-ombak yang terlalu panjang yang mana terbentuk selepas sejumlah besar isipadu air dialihkan. Tetapi apa itu isipadu besar? Dan bagaimana ia dipindahkan? Walaupun tidak ada pengiraan isipadu air yang menjadi kuantiti standard yang akan menghasilkan tsunami, jumlah yang dipindahkan mesti cukup penting untuk menghasilkan ombak-ombak di bawah lautan luas.

Ombak-ombak terbentuk apabila pindahan jumlah air yang besar bergerak dibawah pengaruh graviti untuk mendapat kembali equilibrium dan menyemarak sepanjang lautan seperti pergerakan pada permukaan air yang dipuput angin atas kolam. Lebih besar isipadu perpindahan, lebih besarlah ombak yang akan dihasilkan. Sacara amnya, tsunami boleh dihasilkan dengan empat cara seperti berikut:-

1. Gempa Bumi di Dasar Laut
2. Tanah Runtuh
3. Gunung Berapi
4. Extraterrestrial Collision

Sejarah Kejadian Tsunami

Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami tidak berkaitan langsung dengan bidang astronomi- yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain.

Bagaimana gempa bumi menghasilkan Tsunami

Setakat ini, tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.

Dimana dan bagaimana tsunami terhasil

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ.


http://www.youtube.com/watch?v=FyzkTAnoMI4

Tanda Amaran Tsunami

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 3072×2304.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600×1200.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720×540.

10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia

10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia


1. Angel Falls

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1920×2560.

Negara: Venezuela
Lokasi: Taman Negara Canaima
Sungai: Gauja (Rio Gauya), anak sungai Rio Churún
Tinggi: 3,212 kaki (979 m)


2. Tugela Falls

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1536×2048.

Negara: Afrika Selatan
Lokasi: Taman Negara Natal
Sungai: Tugela River
Tinggi: 3,110 kaki (948 m)


3. Cataratas las Tres Hermanas


Negara: Peru
Lokasi: Cordillera Oriental
Sungai: -
Tinggi: 3,000 kaki (914 m)

4. Oloʻupena Falls

Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,953 kaki (900 m)


5. Catarata Yumbilla

Negara:Peru
Lokasi: Amazonas
Sungai:
Tinggi: 2,938 kaki (896 m)


6. Vinnufossen

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 900×1200.

Negara: Norway
Lokasi: Sunndal, More Og Romsdal
Sungai: Vinnu
Tinggi: 2,822 kaki (860 m)


7. Baläifossen

Negara: Norway
Lokasi: Ulvik, Hordaland
Sungai: Baläi
Tinggi: 2,788 kaki (850 m)


8. Pu’uka’oku Falls

Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,756 kaki (840 m)


9. James Bruce Falls

Negara: Canada
Lokasi: Princess Louisa Provincial Marine Park
Sungai: -
Tinggi: 2,755 kaki (840 m)


10. Browne Falls

Negara: New Zealand
Lokasi: Taman Negara Fiordlands
Sungai: -
Tinggi: 2,744 kaki (836 m)

Jam Apakah Paling Tepat di Dunia?

Jam Apakah Paling Tepat di Dunia?


Tahukah anda, jam paling tepat di dunia adalah jam atom.

Jam atom dapat berdetik lebih dari sembilan juta kali per sedetik.

Jam atom adalah jam yang mempunyai waktu paling tepat dan standard frekuensi khas, yang digunakan sebagai standard utama untuk pembahagian waktu antarabangsa , juga untuk mengawal frekuensi gelombang siaran televisyen, dan sistem satelit navigasi global seperti GPS.

Prinsip operasi jam atom tidak didasarkan pada elemen fizik nuklear, tetapi lebih kepada fizik atom dan menggunakan signal microwave di mana elektron dalam atom memancar ketika mereka mengubah tahap tenaga.

Ketepatan jam atom bergantung kepada fakta di mana suhu sampel atom-atom ‘kurang panas’ bergerak jauh lebih lambat, serta memiliki tahap erlanggaran yang kurang-dan pada jalur frekuensi dan intrinsik dari transisi elektronik.

Frekuensi yang lebih tinggi dan garis sempit meningkatkan ketepatan.

Malangnya, jam atom adalah terlalu tepat.

Ia adalah lebih tepat daripada Bumi sendiri kerana putaran Bumi tidak sempurna.

Dan sistem penyimpanan masa kita pada hari ini adalah berdasarkan putaran tahunan Bumi mengelilingi matahari.

Jadi ini adalah mengapa setiap empat tahun kita mempunyai “hari lompat” pada bulan Februari, kerana kita akan mempunyai minggu ini pada 29 Februari.

Oleh itu, dari semasa ke semasa, pelarasan positif atau negatif satu saat adalah perlu untuk skala masa bagi menjadikan jam atom selaras dengan realiti.

Ini pelarasan kedua telah dinamakan “leap second” kerana ia menghidangkan fungsi yang sama seperti hari lompat.

15 Istana Termegah Dan Terbesar Di Dunia


Tinggal di Istana adalah suatu impian bagi semua orang, namun kita belum tentu boleh tinggal di sana kecuali orang-orang tertentu. Istana memang Indah, berlimpahan kemewahan dan sebagainya. Tapi, kita hanya boleh melihat tanpa boleh tinggal di sana. Berikut istana-istana termegah dan terbesar yang ada di dunia.

1. Istana Hohenzollern, Jerman


2. Istana Howard, England


3. Istana Alcázar of Segovia, Sepanyol


4. Istana Himeji, Jepun


5. Istana Prague, Republik Cechnya


6. Istana Peleş, Romania


7. Istana Chambord, Perancis


8. Istana Neuschwanstein, Jerman


9. Istana Corfe, England


10. Istana Matsumoto, Jepun


11. Istana Burg Eltz, Jerman


12. Istana Eilean Donan, Scotland


13. Istana Neuchâtel, Switzerland


14. Istana Guaita Fortress, San Marino


15. Istana Conwy, Wales

Aksi Janda muda yang hanyut dilamun cinta – Seksa!


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800×510.

sampai tak sedar, anak pun dijemurnye…..

Nampak tak ape yg ada di sebalik gambar ini?


Ketagih amik gambar sendiri

Ketagih amik gambar sendiri


Kalau dia jatuh, free-free dapat…..

Kalau dia jatuh, free-free dapat…..


Walau apa terjadi kena tahan, kalau tak….

GPS terbaru dan tercanggih di dunia..

GPS terbaru dan tercanggih di dunia..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...